BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 2, 2010

BUSANA DAN PROPS

    Seperti tarian-tarian asli yang lain, menora juga mempunyai pakaian atau busana tersendiri. Bagi pakaian untuk lelaki, mereka memakai baju lengan pendek dan berseluar panjang yang berwarna-warni dan di kepala terdapat kecopong atau dipanggil sebagai cha da. Selain itu,bagi penari lelaki mereka memakai skaf merah dan bertali pinggang yang juga disebut sebagai khem khat. Mereka juga berselendangkan kain yang mempunyai corak-corak. Selendang itu digantungkan pada bahu kanan dan kiri. Kain kuning dan hijau yang digantung di bahagian depan disebut panung dimana hujungnya menyentuhi lutut yang disebut hoi khang. Sehelai kain bercorak yang digantung pada pinggang di bahagian hadapan disebut hoi na. Mereka juga bersarung kaki dan mempunyai sepasang sayap bercorak yang diikat pada rusuk pinggang menghala ke belakang yang disebut "pa se bai." Lelaki juga mempunyai rantai dan bersarung kuku yang dipanggil canggai.

   Manakala, bagi pelakon perempuan pula ianya hampir sama dengan lelaki tetapi terdapat juga yang tidak memakai kecopong. Bagi pakaian seorang peran pula,peran menggunakan topeng dan berselendang yang dipanggil phakoma dan topeng berwatak jenaka. Berbeza dengan pelakon lelaki, pelakon wanita dan peran, ahli muzik boleh mengikut citarasa mereka sendiri kerana pakaian mereka adalah bebas.

   Asal kecopong melayu adalah semasa jajahan petani di thailand. Kecopong melayu mempunyai pom pom,berbentuk bulat,mempunyai telinga,mempunyai subang dan 16 pakaian lengkap. Manakala,menara kecopong siam pula tidak mempunyai pom pom, ianya bertingkat-tingkat dan tajam seperti pucuk rebung. Antara kelengkapan-kelengkapan lain bagi set pakaian menora ialah kuku atau canga,gelang tangan atau nobrat (diperbuat daripada perak),gelang tangan ( tamplai- dari tembaga),baju menora,sayap sadang (dibuat daripada manik ) yang diikat denagan belulang atau benang tanah yang dibuat bunga. Ianya dipakai di atas pinggang sebelah belakang dan terdapat juga tdung atau khap lang yang juga turut diperbuat daripada manik. Selain itu,ia juga menggunakan kain kecil warna warni atau dipanggil kain ikat leher.

  Berikut merupakan contoh-contoh alat kelengkapan bagi pelakon-pelakon menora:
                                      
 1) baju menora










2.) kecopong melayu
                                                                                                                                                                                                                                           
                                                                
                                                            





3.)kecopong siam  







     Jenis-jenis kecopong lain yang digunakan dalam persembahan tarian menora ialah:












                                                                   





                           





             





                                        
                   

                                                             
4.)Topeng menora

































                                                              
Rotan menora








  ADAT BUKA PANGGUNG






  Sebuah panggung khas mesti didirikan atas tanah. Terdapat bahan yang perlu disediakan sebelum buka panggung iaitu colok,pulut kuning,darah,beras, sirih dan lain-lain.

  PENGERAS DALAM MENORA

  Perlu membayar RM 2.25 tetapi ianya juga bergantung kepada pemain.

  PANTANG LARANG DALAM MENORA






  Setiap permainan mempunyai pantang larang tertentu dan perlu dipatuhi oleh setiap penari. Sebagai contonhnya, topeng,kecopong dan lain-lain lagi perlu disimpan di tempat yang tertentu kerana dikhuatiri spirit akan menggangu pada persembahan seterusnya.


 BUSANA MENORA-ZAMAN SILAM
























                                

  BUSANA MENORA- ZAMAN MODEN                                                 














  PERSEMBAHAN 


      Masa kini persembahan menorah telah diserapi oleh unsure-unsur moden ( pengaruh dari barat ) terutama dari segi pakaian,tema (romantik ) beserta iringan pancaragam ala barat dan disulami dengan lawak jenaka. Walaupun berlaku transformasi di selatan Thailand tetapi banyak lagi kumpulan terawal ataupun kumpulan yang telah tua usianya masih mempertahankan unsure-unsur tradisional yang wujud di surat, nakhon sithammarat, phattalung, songkla dan trang. Kumpulan menora yang dianggap paling berjaya hari ini ialah kumpulan yang masih mengekalkan unsure-unsur tarian tradisional dan “komik verse” seperti luk thung dengan pemain-pemainnya yang terdiri daripada orang tempatan.





        Kini, persembahan menora lebih cenderung kepada urusan keagamaan iaitu persembahan yang diadakan sebagai satu upacara yang dianjurkan dan dibiayai oleh kuil-kuil untuk mengutip derma. Pada zaman dahulu orang kaya membiayai persembahan menora adalah untuk  majlis perkahwinan atau upacara pengkebumian tetapi dalam konteks baru persembahan menorah adalah bertujuan  membayar niat iaitu cara berterima kasih kepada semangat kerana mengkabulkan  sesuatu permintaan. Jika ini tidak dilaksanakan mereka percaya akan ditimpa malapetaka. tradisi ini masih berterusan dilaksanakan di Bangkok iaitu di lak muang yang terletak berhadapan dengan kuil Buddha emerald.
       Dalam kumpln menorah din suk dari naka,kedah, terdapat 12 orang anggota yang terdiri daripada 4 org pelakon di mana seorang daripadanya gadis dan 8 org pemain muzik. Mereka mengadakan persembahan menorah untuk menambahkan tabung kuil mereka. Selain daripada itu, menora dipersembahkan untuk menjaga semangat-semangat yang tertentu agar mereka sentiasa terselamat dari mara bahaya. Kadangkala menora juga dipersembahkan di pesta-pesta pada pukul 8 atau 9 malam hinggalah ke tengah malam atau subuh pagi esok. Ini bergantung kepada panjang  atau pendeknya cerita yang hendak dipersembahkan. Sebeum memulakan persembahan,pemimpin kumpulan itu akan mengadakan upacara persembahan. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan keselamatan semasa mengadakan persembahan itu. Alatan yang digunakan semasa upacara ini ialah lilin dan pinang. Sambil membaca mentera,ia juga menyembah mahkota tinggi yang dipanggil “cha-da “ atau kecopong.selepas itu diikuti pula oleh watak utama yang akan bermain pada malam itu.
        Selepas sahaja upacara itu,muzik lagu pengenalan dimainkan. Alat-alat muzik yang menyertai muzik pengenalan itu ialah serunai,canang,geduk dan gedombak. Panjangnya permainan muzik ini ialah adalah lebih kuarang sepuluh minit. Berikutan dengan upacara itu diadakan pula upacara membaca mantera secara nyanyian di samping muzik dimainkan untuk mengiringinya. Sewaktu pembacaan ini,watak-watak utama yang akan mengambil bahangian akan bersiap-siap di belakang tirai. Di dalam upacara ini dinyanyikan juga sebahagian kecil cerita asal usulnya mendatari menora. Pemimpinnya akan mengetuai pembacaan mantera itu. Apabila pemimpin itu menyanyi setiap baris ianya diikuti oleh ahli-ahli yang lain sebagai chorus dan upacara ini memakan masa lebih kurang tiga puluh minit.
      Apabila tamatnya upacara mantera secara nyanian, persembahan menora yang sebenarnya dimulakan. Ianya dimulai dengan nyanyian tentang cerita yang akan dipersembahkan oleh pelakon lelaki dan diikuti oleh pelakon wanita yang berada di belakang tirai. Nyanyiannya lambat dan saling sambut menyambut dan muzik dimainkan mengiringi kedua-dua penyanyi itu. Selepas itu pelakon lelaki keluar perlahan- lahan tirai dan menggayakan tarian yang sama. Mereka keluar dan melakukan pelbagai tarian di tengah-tengah medan yang dikelilingi oleh pemain muzik. Pelbagai bentuk tarian digayakan dan selepas itu diadakan pula adegan yang berbentuk drama di mana pelawak yang dipanggil “phran” juga memainkan peranan penting disamping hero dan heroin.

         Dalam sesuatu persembahan menora, ketua kumpulan yang juga sebagai  tukang cerita akan memilih teks yang telah dihafalnya untuk diceritakan kepada penonton-penonton. Ini bergantunglah kepada pencerita itu sama ada cerita tersebut dipanjangkan atau dipendekkan. Biasanya setiap barisan teks dalam cerita yang dipilih akan dinyanyikan oleh ketua kumpulan sementara pemain alat bunyi-bunyian akan menyambung dengan irama dan alunan lagu. Dengan cara ini pemain alat muzik turut juga menghafal teks tersebut supaya selari dengan kata-kata yang diucapkan oleh ketua kumpulan. Persembahan berbentuk drama diselang selikan dengan nyanyian dari tarian hingga tamatnya cerita itu.
       Cara persembahn menora penting dalam usaha menarik minat penonton-penonton. Untuk menjadikan sesuatu persembahan itu sempurna dan lengkap, pemain-pemain atau penari akan menonjolkan diri seorang demi seorang menurut giliran masing-masing. Biasanya seorang penari yang baru atau yang termuda  ataupun ahli yang tidak berpengalaman dalam kumpulan itu akan mempersembahkan sebuah tarian atau nyanyian menorah secara solo. Dalam sesuatu persembahan itu pelawak atau dipanggil peran juga berperanan penting dengan cuma memakai phakoma dan topeng berwatak jenaka. Salah satu kumpulan menora yang berjaya mengadakan persembahan yang menarik dan dianggap paling baik ialah kumpln Nora Toem di Thailand.
            Permainan menora di Kelantan dimainkan dalam bentuk bulatan yang biasanya diadakan sama ada di pentas yang rendah  atau  atas tikar yang dibentangkan di atas tanah. Persembahan secara ini membolehkan penonton-penonton duduk atau berdiri dari tiga sudut atau empat. Di samping itu sebuah bilik khas yang beratap yang terletak di bahagian belakang pentas digunakan sebagai bilik persalinan.
         Pengaruh bahasa thai jelas menampakkan kepada kita dengan kewujudan perkataan seperti “rong khru”, “choen khru” dan "song khru" dalam persembahan menora di Kelantan. Biasanya lagu-lagu menora dinyanyikan dengan menggunakan senikata thai tetapi dialog atau kata-kata dituturkan adalah sama ada menggunakan bahasa thai atau bahasa melayu bergantung kepada penonton-penonton pada ketika itu.
Pelakon utama dalam menora Kelantan yang memegang watak hero dikenali sebagai pak si tong atau pasiton. Nama ini jelas menunjukkan adaptasi daripada perkataan thai phra suthon iaitu daripada cerita menora klasik. Permainan menora memang terkenal dan mendapat tempat di kalangan keluarga diraja Kelantan, di samping Mak Yung. Kedua-dua permainan ini selalunya diadakan serentak pada setiap upacara atau perayaan di istana. Kumpulan menora di Kelantan kadangkala mempersembahkan cerita-cerita Mak Yung yang terkenal dan sering kali pula pelakon-pelakon wanita mak yung memasukkan bahagian daripada episod cerita menorah dalam persembahan Mak Yung. Sebenarnya tari drama ini memang berbeza terutamanya dari segi cerita,muzik,pakaian pelakon-pelakon dan juga tempat persembahan. Menurut mubin Sheppard, ada 12 cerita klasik yang terkenal yang dimasukkan dalam persembahan menora Kelantan. Cerita-cerita romantic  ini telah dihafal oleh pemain-pemain menora.
        Permainan menora bukan sahaja terkenal di negeri Kelantan tetapi juga wujud di kedah. Salah satu kumpln menora yang termasyhur dan tidak asing lagi di kalangan orang-orang thai di negeri kedah ialah tahi wat Buddha naka, di daerah padang terap,kedah. Kumpulan menorah ini telah ditubuhkan sejak tiga puluh tahun yang lalu dan pemain-pemainnya terdiri daripada 25 org iaitu 10 org wanita dan 15 orang lelaki kumpulan menorah ini bergiat sehingga  sekarang dengan mengadakan pertunjukan-pertunjukan di tempat-tempat keramaian seperti di perayaan tan bun (bercorak keagamaan Buddha ) dan kadangkala diadakan di rumah-rumah untuk tujuan perubatan.
        Kumpulan menora ini juga pernah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terkemuka seperti di pesta kedah dan perayaan menyambut hari kelahiran Duli Yang Mulia Sultan Kedah. Akhir-akhir ini kumpuln menora thai naka telah melalui satu perubahan iaitu penggunaan bahasa melayu dalam nyanyian dan lakonan keseluruhannya. Sebuah lagi kumpulan menora telah wujud di baling,kedah yang bernama Ah seng. Kumpualan menora ini telah diubahsuai terutama dari segi penggunaan bahasa. Mereka telah menggunakan bahasa campuran di antara bahasa melayu,tamil dan dialek hokkien supaya dapat difahami dan dihayati oleh para penontonnya.

0 comments: