BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

PENCERITAAN DAN WATAK


Menurut Sumber yang diperolehi dari Internet, terdapat tiga pendapat yang bercakap tentang penceritaan Menora. Pendapat pertama mengatakan Raja hanya mempunyai seorang puteri tetapi pendapat ketiga mengatakan Raja mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Mereka juga memberikan pendapat yang berlainan iaitu bagaimana puteri kesyangan Raja mengandung dan telah dihalau keluar dari istana. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca dengan lebih teliti ‘Cerita asal-usul Tarian Menora dari Guru Menora di Songkhla’.



Setelah kami menebual En Tharawat, dia juga memberikan pendapat yang berbeza tentang asal usul atau penceritaan Menora ini. Ini merupakan kisah yang diceritakan oleh Encik Tharawat kepada kami dari sumber yang diperolehinya.

                Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang raja yang memerintah sebuah kerajaan di Thailand. Istananya terletak diantara Songkla atau Phatthalung. Raja tersebut mempunyai seorang anak tunggal iaitu Puteri Sri Mala. Puteri sangat suka bermain bersama kawan-kawanya semasa kecil. Dikatakan dia mempunyai ramai kawan semasa kecilnya kerana sifatnya yang peramah. Pada suatu hari, mereka bermain permainan baru dimana puteri akan duduk di atas sebuah kerusi dan kawan-kawan puteri dikehendaki memainkan muzik.

                Alatan yang digunakan pada ketika itu ialah tempurung kelapa, buluh, batu dan apa sahaja yang boleh menghaslkan bunyi. Semasa rakan-rakanya memainkan muzik, puteri akan menari sambil menyanyi. Mereka merasakan permainan itu sangat menyeronokkan sehingga mereka berjaya menghasilkan satu rentak muzik yang merdu. Pada suatu ketika, lalu sekumpulan pemuda bertanyakan apa nama permainan yang dimainkan oleh mereka. Puteri memberi jawapan kepada pemuda tersebut iaitu ‘ MENORA’. Di sini  bermulalah dimana permainan ini mula mendapat nama. Namun, dari hari ke sehari puteri leka dengan menari dan lupa pada tangguangjawab lain. Raja menegur puteri supaya melebihkan pelajaran kepada hal ehwal Negara. Raja mula murka apabila puteri tidak mengendahkan nasihat dan teguranya.

Puteri serta kawan-kawanya dihalau keluar dari istana dan dihanyutkan mengunakan rakit sehingga mereka akhirnya berlabuh di sebuah pulau bernama pulau Si Chang atau pulau Kew. Di pulau inilah penempatan mereka yang baru. Bermula di pulau ini juga, tarian Menora semakin menjadi-jadi di mainkan oleh mereka. Mereka akan bercucuk tanam di siang hari manakala pada sebelah malam pula Menora akan dimainkan. Puteri Sri Mala bermain Menora di pulau tersebut sehinggalah dia berkahwin dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Thep Sing Horn. Puteri Sri Mala mula mendedahkan tarian Menora kepada anaknya sejak dari kecil lagi. Apabila puteranya meningkat dewasa, tarian ini dimainkan sepenuhnya oleh putera Thep dan Puteri Sri Mala hanya menjadi pemerhati sahaja.

            Pada suatu petang, Putera Thep  terlelap di bawah sebuah pohon ketika dia sedang berehat. Putera Thep bermimpi bahawa turunnya seorang Dewa dari kayangan lalu mengajarkannya tentang 12 kisah. Kisah ini hendaklah dimainkan bersama tarian Menora. Apabila Putera Thep tersedar dari mimpi, dia cuba mengingati apa yang diperolehi dari mimpi tersebut. Selesai mengingat kesemua kisah tersebut, Putera Thep pulang ke Rumah. Bermula dari itu, tarian ini mula diubah supaya dapat disesuaikan dengan kisah yang dimainkan.  Jika dulu, hanya Sri Mala yang menari dan menyanyi, tetapi di zaman Putera Thep dia memerlukan lebih dari lima orang untuk menghasilkan lakonan yang baik.

            Semenjak dari itu, tarian Menora mesti mempunyai satu atau lebih untuk menjadi Nang dan hendaklah mempunyai Tok Perang. Melalui perubahan yang dilakukan oleh Putera Thep, tarian Menoara ini menjadi teramat popular di pulau tersebut dan pulau bersebelahanya.  Tarian Menora ini terus menjadi bualan dari mulut ke mulut sehinggalah sampai kepada pengetahuan raja. Raja tersebut adalah ayah kepada Sri Mala dan juga datuk kepada Putera Thep. Raja teringin melihat sendiri tarian Menora itu lalu mengarahkan pembesarnya membawa tarian tersebut ke istana.

            Setelah dijemput untuk membuat persembahan di istana, putera Thep dan rombonganya bertolak ke istana kecuali Sri Mala. Setelah sampai di istana, raja tidak tahu yang akan mempersembahkan tarian tersebut adalah cucunya sendiri begitu juga dengan putera Thep. Setelah selesai melakukan persembahan, raja mula menanyakan di mana putera Thep mempelajari tarian tersebut. Putera Thep menceitaka tentang latar belakang keluarganya dan siapakah ibunya. Setelah raja mengetahui bahawa yang berada di hadapanya adalah cucunya sendiri, raja begitu gembira dan menyesal kerana menghalau Sri Mala keluar dari istana dahulu. Bagi menebus kesalahanya, raja membawa semula Puteri Sri Mala dan Putera Thep untuk tinggal bersamanya.

            Semasa tinggal di istana inilah persembahan dan tarian semakin menarik kerana kerana di beri pemberian raja iaitu mahkota, baju serta pakaian yang lebih menarik lagi. Tarian ini semakin diminati oleh masyarakat dan mula tersebar hingga ke seluruh Thailand. Ramai mereka yang telah berguru dengan Putera Thep antaranya ialah Si Lum Chei, Rean Thong, Khon Kew, Raja Prak Cit dan ramai lagi. Mereka inilah yang meneruskan lagi tarian Menora selepas Putera Thep.

            Menurut sumber ini juga, sejarah tentang kemasukan menorah ke Kelantan tidak dapat dipastikan siapakah orang pertama yang membawa masuk menora ke negeri itu. Ini kerana menora dibawa masuk ke Kelantan melalui dua jalan iaitu darat dan air. Menurut sumber juga, Salah seorang yang membawa masuk menora  ke negeri Kelantan dikenali sebagai Menora Chuai. Beliau membawa masuk tarian Menora ini melalui darat iaitu kampong Teresek yang terletak di Pasir Mas.

 Dalam Menora terdapat tiga watak utama iaitu Perwira, Srikandi dan Tok Perang. Tok perang biasanya akan membawa dialog-dialog yang lucu. Kadang-kadang terdapat dua orang  tok perang di dalam persembahan menora ini. Jika dahulu, watak perempuan dibawa oleh lelaki berambut panjang, tapi kini watak perempuan dimainkan oleh perempuan. Namun begitu, di Thailand, tarian Menora ini dikatakan hanya dimainkan oleh wanita sahaja. Manakala di Kelantan dan Kedah, persembahan dimainkan oleh lelaki dan perempuan.

Menurut Encik Tharawat, dalam permainan Menora harus mempunyai Pak Sitong, Inang dan Perang. Watak-watak ini mungkin sama dengan watak-watak yang disebutkan tadi tetapi nama yang berbeza. Menurutnya lagi, Inang adalah watak dayang dan Perang pula adalah pengasuh dalam istana. Perang biasanya akan memakai Topeng dan membawa watak jenaka. Watak-watak yang dimainkan semasa persembahan Menora adalah mengikut cerita yang akan dipersembahkan.

Terdapat sumber mengatakan juga kebanyakan cerita-cerita Menora dipetik daripada kitab-kitab Mahabrata dan kesemuanya mempunyai 12 buah cerita asal. Pada hari ini kebanyakan cerita-cerita ini telang diubahsuai. Antaranya ialah:
·         Sangthong
·         Khawi
·         Laksanawong
·         Chayachet
·         Khun Chang Khun Pnaer
·         Pura Aphai
·             Kraithong

0 comments: