BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

SEJARAH


Menurut En Hj. Tharuwat, menora adalah berasal daripada Narathiwat suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Kelantan. Apabila kerajaan Siam menguasai kawasan tersebut, Narathiwat telah terpisah dari Kelantan. Akan tetapi, menora masih lagi wujud dan ianya tidak terpisah dek kerana berlainan jajahan. Menurut beliau juga, menora adalah hak milik kita, warisan budaya kita yang harus dipertahankan kewujudannya dan dipelihara dari hilang ditelan zaman.

Menurut sumber lain, menora adalah berasal daripada Thailand. Tapi permainan ini begitu popular di wilayah-wilayah Selatan Thailand. Mengikut keterangan Su Choon, seorang guru menora, asal menora adalah daripada kerajaan Legor yang merangkumi kawasan Selatan Siam dan Utara Tanah Melayu. Legor telah berada sejak tahun TM400 dan hilang apabila orang-orang Utara menguasainya dalam tahun 1250, tetapi menora masih bernafas hingga kini. klik di sini
 
Menora boleh mempunyai banyak erti dan bergantung kepada si penutur itu sendiri. Menora boleh membawa maksud mendatari (dance-drama), pembaca puisi, atau pemimpin kumpulan, atau pelakon atau penari persembahan itu. Menora adalah sejenis drama tari. Sama seperti Makyung, Mekmulung, Jikey dan lain-lain. Drama tari adalah bermaksud suatu persembahan yang merangkumi drama, nyanyian, dan tarian. Selain itu, menora juga banyak dipengaruhi oleh elemen buddha. Ini adalah kerana menora merupakan salah satu persembahan di kuil-kuil buddha.

Persembahan menora dilakukan untuk pelbagai tujuan. Bukan untuk keagaamaan sahaja. Kadangkala ianya dilakukan bagi tujuan ritual, perubatan dan hanya untuk persembahan. Di dalam persembahan menora ini, ada pelbagai kisah yang kesemuanya merangkumi 12 buah kisah. Setiap drama tari seperti ini tidak dapat dielakkan daripada watak lucu atau adegan lucu oleh pelakonnya dinamakan PERAN.

0 comments: